Menu
Agama Islam

Ratib Al Atthas

Ratib ini ditulis oleh al-Habib Umar bin Abdurrahman al-Atthas dan sekarang telah berusia kira-kira 400 tahun. Sampai kini Ratib ini banyak dibaca di negara-negara seperti di Afrika termasuk Darussalam, Mombassa dan Afrika Selatan. Juga di England, Burma (Myanmar), India dan negara-negara Arab.

Di Afrika Ratib ini disebarkan oleh murid-murid al-Habib Ahmad bin Hasan seperti al-Habib Ahmad Masyhur al-Haddad dan lain-lain. Di India, Kemboja dan Burma oleh al-Habib Abdullah bin Alawi al-Atthas. Hingga kini kumpulan-kumpulan Ratib Al Habib Umar atau Zawiyah masih diamalkan di Rangoon dan di beberapa daerah di Burma. Tetapi mereka lebih terkenal di sana dengan Tariqah al-Atthasiyah.

Ratib ini telah lama sampai di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Antara keterangan ratib ini yang diterbitkan dalam bahasa Melayu di Singapura adalah sebuah kitab kecil yang bernama Fathu Rabbin-Nas yang ditulis oleh Al Habib Husein bin Abdullah bin Muhammad bin Mohsen bin Husein al-Attas. Tarikh selesai karangan ini adalah pada pagi Juma'at 20 Jumadil Awal 1342 (20 Desember 1923).

Pembacaan Ratib Al Atthas


(klik play, diperlukan flash plugin)

Pada tahun 1939, al-Habib Muhammad bin Salim al-Atthas telah menerbitkan sebuah kitab yang bernama Miftahul Imdad yang dicetak di Matbaah al-Huda di Pulau Pinang. Kitab ini mengandungi wirid-wirid datuk beliau al-Habib Ahmad bin Hasan al-Atthas tetapi terdapat juga Ratib al-habib Umar bin Abdurrahman al-Attas di dalamnya.

Mengikut al-Habib Muhammad bin Salem al-Attas, al-Habib Hasan bin Ahmad al-Atthas pada suatu masa dahulu telah mencetak Ratib al-Atthas menerusi percetakannya Mutaaba’ah al-Atthas yang pejabatnya terletak di Wadi Hasan, Johor Bahru, Malaysia, pada kira-kira tahun 1927.

Download Audio Pembacaan Ratib Al Atthas (Mp3) melalui mediafire
Download Teks Ratib Al Atthas (Pdf) melalui mediafire | wordpress

~ Wassalam ~

Tidak ada komentar

Follow Me